Kueja Cinta Di Langit Arafah

by - 02:01:00


Sesaat yang terasa lama, aku terjaga
dalam keindahan sanggar budi
antara semerbak syurgawi
dan naluri insani.

Dengan tangan yang luka
kusisih sisa khuldi, kutagih suara hati
dalam resah dan gundah qiqi.

Bagaimana harus aku berterima kasih
saat Kau izinkan aku bertinggung
di pelepah tamar, menatap awan
membilang gemintang
satu ibarat dua
dan dua ibarat seluruh cinta-Mu.

Di langit Arafah,
sesaat yang lama
jua lama yang abadi, kulihat
Adam dan Hawa berbisik tentang kalbu
menyulamnya dari rajutan rindu.

Aku terjaga, masih dalam lelap semalam
ketika kugari rahsia kehidupan
dan kubanci bahasa iman
bertaut di wadi kesegalaan-Mu.

You May Also Like

0 comments