RESEPI : BLUEBERRY SMOOTHIE
Assalamualaikum
Di entri kali ini I ingin share resepi untuk membuat blueberry smoothie. Apa itu smoothie? smoothie adalah sejenis minuman hasil daripada campuran buah-buah yang dikisar. Smoothie adalah amat senang untuk dibuat. Campur itu campur ini zap siapppp. Bagi yang menginginkan badan yang sihat dan kulit yang cantik anda boleh cuba mengamalkan minum smoothie.
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat blueberry smoothie :
- 1 serbuk protein vanila ( ada dijual di farmasi / pasaraya berdekatan rumah anda)
- 2 sudu besar mentega kacang
- 2 sudu biji chia
- 1/4 cawan blueberries yang beku / segar
- 2 hingga 3 cawan susu segar / susu kacang
- Blueberries (untuk hiasan)
CARA PENYEDIAAN :
Letakkan kesemua bahan yang telah disediakan ke dalam mesin pengisar (blender). Disyorkan menggunakan pengisar berkelajuan tinggi untuk mendapatkan tekstur yang cantik. Sekiranya you all menggunakan blueberries yang segar, tambah beberapa ketul kiub ais untuk mengelakkan smoothie kelihatan cair. Akhir sekali, hiaskan dengan blueberries di atas smoothie yang telah siap dikisar tadi.
Okay kemudian tadaaaaaa dah siap! Hehe mudah je :)
0 comments