• Home
  • About
  • Recipe
    • Category
    • Category
    • Category
  • Tuto & Freebies
Facebook Twitter Instagram

A STORY FROM A SMALL ASIAN GIRL


Sungguh indah keajaiban doa. Berbisik di lantai tika bersujud, namun dapat didengari sampai ke langit. Kita diberi kelebihan doa sebagai tempat meminta apa yang sering dihajati di dalam hati. Dan sesungguhnya Allah saja apa yang tahu apa yang terkandung di dalam hati kita dan Dia jualah yang menentukan perkara terbaik untuk kita.
Sebagai seorang Muslim, kita perlu percaya dan bersangka baik kepada Allah dengan segala ketentuan dan rezeki yang dilimpahkan. Waktu mustajab yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambaNya perlu dimanfaatkan dengan taat agar segala cita-cita yang dihajati termakbul.

ANTARA 6 WAKTU PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH

Apabila terdengar azan berkumandang, segeralah membersihkan diri untuk bersiap menghadap Yang Maha Esa. Allah amat menyenangi hambaNya yang meninggalkan segala hal keduniaan dan mematuhi seruan dariNya sejurus tiba waktu.
Ketika azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak” (Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).
Cara Solat Terawih
Foto Kredit: radiosilaturahim.com

2. SEMASA HUJAN TURUN

Waktu hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.
Hujan yang turun turut disertai dengan rezeki dan rahmat bagi hambaNya yang taat dan tidak putus-putus berdoa. Satu hadis sahih membuktikan bahawa waktu tersebut doa mudah dimakbulkan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)
waktu mustajab berdoa
Foto Kredit: islandbrewery.co.uk

3. 2 WAKTU PADA HARI JUMAAT

Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah. Hari yang juga dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari merupakan hari yang diwajibkan untuk mengerjakan Solat Jumaat bagi lelaki dan amalan sunat seperti membaca Surah Al-Kahfi serta memperbanyakan zikir-zikir lain.
Rasulullah SAW pernah membicarakan tentang hari Jumaat dalam sebuah hadis sahih di mana Baginda bersabda:
“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Selain itu, satu lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama’ adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.
Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan solat Jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat”.(Hadis Riwayat Muslim)
Foto Kredit: globe-views.com

4. SEPERTIGA TERAKHIR MALAM

Melakukan solat sunat tengah malamdan mengorbankan waktu tidur bukanlah perkara yang mudah dengan komitmen yang dipikul saban hari. Namun, kekuatan doa pada solat tahajud ini adalah ibarat panah yang tepat pada sasaran.
Pada ketika sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka. Junjungan besar Rasulullah s.a.w juga turut mengamalkan serta menggalakkan umat Islam keseluruhannya untuk menggunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk beribadat dan berdoa kepada Allah.
Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,
“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Cara Solat Dhuha Yang Mudah, Ringkas & Betul. Dengan Doa!
Foto Kredit: nev.it

5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI

Amat bertuahlah bagi hamba Allah yang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah lebih-lebih lagi pada musim haji.
Pada Hari Arafah, jemaah haji yang berada di Arafah tidak berhenti beristighfar, berdoa dan beribadah sehingga terbenam matahari.  Umat Islam yang lainnya juga perlu menggunakan waktu mustajab ini sebaiknya untuk berdoa supaya mendapat keredhaan dan keampunan Allah serta hajat yang lainnya.
Sabda Rasulullah  SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
waktu mustajab berdoa
Foto Kredit: dream.co.id

6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA

Ibadah puasa merupakan benteng untuk menahan nafsu serta menjadikan mukmin lebih tawadhuk dengan merasakan keperitan orang yang sering berlapar. Selain kelebihannya pada aspek kesihatan, orang yang berpuasa juga mempunyai kelebihan yang lain seperti dapat dimakbulkan doa yang diminta pada Allah pada dua waktu utama iaitu ketika bersahur dan berbuka.
Sesuai dengan hadis yang dikemukakan tentang keajaiban waktu terakhir sepertiga malam, waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab itu. Oleh itu banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh. Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
cara ganti puasa
Foto Kredit: new-muslims.info

JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA BERDOA KEPADA ALLAH

Berdoa pada waktu-waktu mustajab merupakan cara kita berusaha untuk mendapatkan keredhaan serta kejayaan dunia dan akhirat dari Ilahi. Di samping itu, rajinlah juga berdoa kepada Allah pada setiap masa, tanpa hanya menunggu waktu-waktu yang disebutkan di atas ini kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihi setiap hambaNya.
Semoga amalan kita yang berterusan dapat diterima di sisi Allah dan dapat mempersiapkan diri kembali bertemu denganNya dengan timbangan amal yang cukup.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Assalamualaikum

Di entri kali ini I ingin share resepi untuk membuat blueberry smoothie. Apa itu smoothie? smoothie adalah sejenis minuman hasil daripada campuran buah-buah yang dikisar. Smoothie adalah amat senang untuk dibuat. Campur itu campur ini zap siapppp. Bagi yang menginginkan badan yang sihat dan kulit yang cantik anda boleh cuba mengamalkan minum smoothie. 

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat blueberry smoothie :

- 1 serbuk protein vanila ( ada dijual di farmasi / pasaraya berdekatan rumah anda)
- 2 sudu besar mentega kacang
- 2 sudu biji chia 
- 1/4 cawan blueberries yang beku / segar 
- 2 hingga 3 cawan susu segar / susu kacang 
- Blueberries (untuk hiasan)

CARA PENYEDIAAN :

Letakkan kesemua bahan yang telah disediakan ke dalam mesin pengisar (blender). Disyorkan menggunakan pengisar berkelajuan tinggi untuk mendapatkan tekstur yang cantik. Sekiranya you all menggunakan blueberries yang segar, tambah beberapa ketul kiub ais untuk mengelakkan smoothie kelihatan cair. Akhir sekali, hiaskan dengan blueberries di atas smoothie yang telah siap dikisar tadi. 

Okay kemudian tadaaaaaa dah siap! Hehe  mudah je :)



Share
Tweet
Pin
Share
No comments


6/11/2016, 9.44 AM - Kotak mindaku tiba-tiba sahaja memutarkan balik segala senario yang berlaku di Mekah & Madinah. Inilah kali pertama (dan mungkin terakhir??) aku berada di bumi Allah yang penuh barakah. Sebelum ini aku hanya dapat melihat dari jauh sahaja, tapi kali ini aku dapat melihat & berjalan sendiri di bumi Allah yang menempatkan pelbagai jenis muslim yang datang daripada pelbagai latar belakang itu. Sungguh aku takjub & terkesima pada saat pertama kali melihat Kaabah, Masjid Al-Nabawi, Padang Arafat & Masjid Quba'
.
.
.
.
.
.
sehingga bertemu lagi di lain ruangan :)
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Klik banner untuk join Giveaway by TDK Travel & Tours Sdn Bhd | 2 Theme Park Tickets Lost World Of Tambun untuk dimenangi... Jom join Giveaway by TDK Travel & Tours Sdn. Bhd. ni... Mane tau terpilih sebagai pemenang GA ni, dapat jugak bercuti di Lost World Of Tambun kan.. Sebelum tu jom tengok apa servis yang disediakan oleh TDK Travel & Tours Sdn. Bhd. ni..

OUR SERVICES TDK TRAVEL & TOURS SDN BHD We are a professional travel agency dedicated to promoting Malaysia and other destinations, while ensuring you quality and reliable service. WE GIVE YOU THE MAX! * * * * * * * * * * * * * * * * * TDK Travel & Tours Sdn Bhd provides a wide range of global travel management services that you can choose from. These include Worldwide hotel reservation, Ticketing, Inbound and Outbound Tours, Meetings and Incentive Planning, Tailor-made Tours, Car Rental, Ground Transportation, Student Placement Program, Student Summer Program and many more. With vast experience and capable travel consultant you can be rest assure of the success of your holiday in our handsHotel Reservation – Our long list of hotel accommodations range from three to five stars from Peninsula Malaysia, Borneo, Singapore and Worldwide. These hotels are among the best hotels in their categories for the good service, comfortable and value for money. * * * * * * * * Airline Ticketing TDK Travel & Tours is an IATA accredited agent and also linked to ABACUS, an online system that has more than 500 major airlines in its database. Being part of the system allows us to offer competitive airfare structure while retaining our quality service. We can deliver full-range and value-add your travels globally at your preferred budget. We also provide ticket delivery to offices or upon request to client’s address, even to the point of providing the best corporate rates for staff’s personal vacation travel and to offer lowest fare options with the best routing. * * * * * * * * Sightseeing Tours Our Day Tour and Overland Tour packages like the Malaysia on Wheels offer you an array of cities to choose from. You can take a tour from the heart of the city, climb mountains, stroll on beaches or even take the jungle trail with the Tours we have in store for you.Special Interest Tours – Whether if you like taking a good walk through Malaysia’s tropical rainforest with the Taman Negara Jungle Experience or get dressed in your adventure gear for the Mount Kinabalu challenge or simply be a part of the close-knit community of the Sarawak Iban Longhouse, TDK Travel & Tours is the place you are looking for. Just leave your company trip planning to us and travel with peace of mind. * * * * * * * * Meeting & Incentive Planning. Meeting. Regardless the size or capacity of your meeting, workshop, seminar or conference, you can rest assure that TDK Travel & Tours will complete your meeting management into detail from travel arrangements and even speaker support. No quantity is too large for our quality services. * * * * * * * * Incentive Planning. We provide comprehensive services in planning, organizing and scheduling the itinerary for your company business trips, seminar and conventions. Our teams of travel professionals are capable of planning any of your company’s annual/incentive trips within your specified budget. They will ensure all details are taken care of and that you will have the most memorable trip.Meet and Assist Services – You should not feel lost when you travel. With our meet and greet services for leisure tourists, meeting groups and even VIPs, you can rest assure you get the attention you deserve as soon as you arrive in the airport. Our teams of airport representatives are professionals and will be there to guide you along the way with the best courtesy.Limousine Transfer – Choose form our selection of Malaysian-made Car (Proton) to the luxurious Mercedes Benz for your transfers. The transportation can be charged hourly, daily or longer term, to ensure you receive the best possible rates and services. * * * * * * * * Self Drive Vehicle. TDK Travel & Tours works closely with numerous reliable car hirer companies for your self drive vehicle anywhere and anytime. * * * * * * * * Foreign Student Placement Program. TDK Travel & Tours welcomes International students to experience the education advantages in Malaysia. Our Foreign Student Placement Program have carved a reputation for placing students into quality tertiary education institutions that ensure graduates are equip with practical and industry-relevant skills. We will guide you with all preparations and relevant documents required to facilitate your entry into Malaysia and to furnish all information about our country. Your dreams comes true!. What is needed is to adapt to a new environment, culture and people.
Tarikh Tutup 21 Oktober 2016
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum :)
Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Virus Zika dikesan kali pertama pada spesis monyet sekitar 1947 dan kemudiannya tersebar secara besar-besaran di Amerika, selepas jangkitan pertama kali dikesan di Brazil pada Mei tahun 2015 yang lalu.

Virus Zika

Berikut, tujuh perkara yang anda perlu tahu tentang Virus Zika:

1. Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.

2. Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti:

-Sakit sendi

  • -Mata kemerahan

  • -Sakit kepala

  • -Ruam pada kulit


3. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

4. Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika.

Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii. Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

5. Kesan Dan Bahaya Virus Zika, Siapa berdepan risiko paling tinggi?

Kesan Zika
Kepala bayi mengecil akibat virus zika.

Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika. Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

6. Langkah-langkah Pencegahan Virus Zika

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:
  • Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
  • Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan jangkitan virus Zika di Malaysia.

Pada masa sama, orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Klik sini untuk join

Segmen bloglist November by Cik Nur.

Okay untuk join korang hanya perlu :

 ♥ Follow blog Cik Nur & Blog ini.
 ♥ Buat entri bertajuk "SEGMEN:BLOGLIST NOVEMBER by CIK NUR".
 ♥ Jangan lupa backlink-kan entri ni pada banner.
 ♥ Tepekan link entri korang pada kotak komentar ya ^_^.
 ♥ 10 blogger bertuah + hadiah misteri menanti.
 ♥ Cabutan akan dibuat oleh Mr. Random.org.

♥Tempoh Penyertaan♥
15-31 Oktober 2016

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Our small & stupid conversations, our usha-ii jeling-menjeling tumbuk-menumbuk moment, mean so much more to me than you guys ever know.



My classmates, friendssssss, tutors & inspirer 
.
.
.
.
Thank you for existing. Thank you for making me laugh when I don't want to laugh. Thank you for standing by my side. Thank you for everything.  

Seriously, you guys are the best! 

Sincerely by,
Iffot.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Heyyo! Korang ada tumblr? Tak tau apa itu tumblr? Okay Tumblr itu adalah sejenis social media app yang dapat memuatkan 1001+++ gambar dari seantero dunia dalam satu masa. Well maybe bagi korang yang tak minat photography akan mengatakan app ini sangat membosankan. Tapi bagi saya, sejak wujudnya tumblr, kehidupan saya menjadi lebih indah. Dengan adanya Tumblr, saya boleh memuat naik gambar cun melecun saya hahahhahah.

  Okay back to the topic, sebenarnya pada entry kali ini saya ingin share dengan anda tumblrians yang saya adore. Di bawah ini adalah senarai top 5 tumblrians yang saya adore...

1. Little Miss Paintbrush ( doodle)




url : http://littlemisspaintbrush.tumblr.com/

2. Studyiqn ( Studyblr)


url : http://stdyinq.tumblr.com/

3. Converse & Jeans 


url : http://converse-and-jeans.tumblr.com/

4. Marblemine


url : http://marblemine.tumblr.com/

5. Sunhnnflower


url : http://suhnnflower.tumblr.com/
.
.
.
.
Kelima-lima di atas memang thorbaikkkkk :) like seriously tak menyesal follow diorang. Gambar-gambar dalam tumblr diorang memang style belako. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


1.dashboard> design> edit html > expand widget template
2.cari kod ni :  

 .post blockquote {

atau :

blockquote { 

3.dah jumpa?  paste-kan kod ni dekat bawah kod diatas :
background:#FFFFFF;
border:2px solid #E3E4FA;
padding: 2px;
} 
4. yang warna merah tu korang boleh tukar sesuka hati ikut citarasa a.k.a taste masing-masing and warna biru tu ketebalan border blockquote .Korang boleh cari warna yang korang nak kat SINI . Perkataan 'solid' tu korang boleh tukarkan dengan dashed, dotted, double atau groovy


5. Korang boleh ubah, ubah & ubah sampai dapat apa yang korang nak. 

6. kalau rasa dah sesuai, tekan SAVE. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
1. Dashboard > New Post.
2. Lepas tu, korang tengok dekat url korang. Korang ada nampak nombor kan? haa tu Blog ID korang.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum

 Hari ni fa nak ajar korang macam mana nak buat LINK HOVER . Sebelum tu , korang check sini dulu -> Click.

Hihi gracias! Okey kali ni link hover ya , kalau korang sentuh ,  automatik tanpa disuruh , akan jadi double. So kalau nak, lets do IT!


1. dashboard > design  > edit HTML
2. search code ini :  a:hover {

3. copy code bawah ni & paste di BAWAH code  a:hover {
text-transform:lowercase;color: #E3CDCC;text-shadow:5px 10px 1px #E3CDCC;text-decoration:none;-webkit-transition-timing-function: ease-out;-webkit-transition-duration: 250ms;-moz-transition-timing-function: ease-out;-moz-transition-duration: 350ms;}
4. tekan butang PREVIEW
5. Kalau dah jadi, tekan SAVE.
6. Selesai. Hee

P/S : korang boleh tukar/ ubah kod warna HTML yang berwarna merah  dengan warna yang lain. Ikut minat korang la. Korang boleh pergi  SINI untuk pilih kod yang korang nak.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts

About me

About Me

Iffah Qistina | 21 y/o | full-time student

Merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik. Suka menulis dan share ilmu yang bermanfaat kepada semua dan jugaaaaa, suka makan hehe :3

Cutie Pie

KEEP IN TOUCH

  • twitter
  • instagram
  • facebook
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

My Fav

  • Maria Elena
    What's up
  • Nisa Kay
    NISA KAY - I'm still here.
  • ATHIRAH ANUAR
    #HafiziAin l HELOAIN BAB 20
  • Aisyasakura
    The BTS Meal honest review | McDonald's X BTS
  • LYSSA FAIZUREEN
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Liyana Jasmi
    Hello, Degree Life!
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
  • Hafzhan Rauf's
    SKETCH'ed the tutorial
  • Faqihah Husni
    KESUMA 2017
  • Aishah Amin : The Hijab Diaries
    Juhd's First Day of School.
  • 1997
    Fasiliti kelas pertama diberi kepada minda kelas ketiga, MRT diancam Vandalisme
  • by maira ♡
    Quick update: I'm stil alive!
  • The Kucings
    4 sebab kenapa anak kucing 'Follow" anda
  • A Story Of An Asian Girl
    Thank You
Show 5 Show All

Blog Archive

  • May 2019 (2)
  • November 2016 (1)
  • October 2016 (6)
  • July 2013 (3)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates