• Home
  • About
  • Recipe
    • Category
    • Category
    • Category
  • Tuto & Freebies
Facebook Twitter Instagram

A STORY FROM A SMALL ASIAN GIRL

Virus Zika dikesan kali pertama pada spesis monyet sekitar 1947 dan kemudiannya tersebar secara besar-besaran di Amerika, selepas jangkitan pertama kali dikesan di Brazil pada Mei tahun 2015 yang lalu.

Virus Zika

Berikut, tujuh perkara yang anda perlu tahu tentang Virus Zika:

1. Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.

2. Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti:

-Sakit sendi

  • -Mata kemerahan

  • -Sakit kepala

  • -Ruam pada kulit


3. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

4. Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika.

Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii. Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

5. Kesan Dan Bahaya Virus Zika, Siapa berdepan risiko paling tinggi?

Kesan Zika
Kepala bayi mengecil akibat virus zika.

Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika. Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

6. Langkah-langkah Pencegahan Virus Zika

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:
  • Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
  • Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan jangkitan virus Zika di Malaysia.

Pada masa sama, orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Klik sini untuk join

Segmen bloglist November by Cik Nur.

Okay untuk join korang hanya perlu :

 ♥ Follow blog Cik Nur & Blog ini.
 ♥ Buat entri bertajuk "SEGMEN:BLOGLIST NOVEMBER by CIK NUR".
 ♥ Jangan lupa backlink-kan entri ni pada banner.
 ♥ Tepekan link entri korang pada kotak komentar ya ^_^.
 ♥ 10 blogger bertuah + hadiah misteri menanti.
 ♥ Cabutan akan dibuat oleh Mr. Random.org.

♥Tempoh Penyertaan♥
15-31 Oktober 2016

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Iffah Qistina | 21 y/o | full-time student

Merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik. Suka menulis dan share ilmu yang bermanfaat kepada semua dan jugaaaaa, suka makan hehe :3

Cutie Pie

KEEP IN TOUCH

  • twitter
  • instagram
  • facebook
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

My Fav

  • Maria Elena
    What's up
  • Nisa Kay
    NISA KAY - I'm still here.
  • ATHIRAH ANUAR
    #HafiziAin l HELOAIN BAB 20
  • Aisyasakura
    The BTS Meal honest review | McDonald's X BTS
  • LYSSA FAIZUREEN
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Liyana Jasmi
    Hello, Degree Life!
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
  • Hafzhan Rauf's
    SKETCH'ed the tutorial
  • Faqihah Husni
    KESUMA 2017
  • Aishah Amin : The Hijab Diaries
    Juhd's First Day of School.
  • 1997
    Fasiliti kelas pertama diberi kepada minda kelas ketiga, MRT diancam Vandalisme
  • by maira ♡
    Quick update: I'm stil alive!
  • The Kucings
    4 sebab kenapa anak kucing 'Follow" anda
  • A Story Of An Asian Girl
    Thank You
Show 5 Show All

Blog Archive

  • May 2019 (2)
  • November 2016 (1)
  • October 2016 (6)
  • July 2013 (3)
Powered by Blogger.

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates